Kita sebagai anak perlulah bertanggungjawab terhadap ibu
bapa kita yang telah bersusah payah membesarkan kita dari kecil hingga besar.Pengorbanan
ibu bapa kepada kita tidak ternilai harganya dan tidak terbalas jasanya.
Antara
tanggungjawab yang perlu kita lakukan untuk ibu bapa ialah sentiasa berdoa
untuk ibu bapa kita kepada Allah .Sebagai contoh,kita sebagai anak perlulah
sentiasa mendoakan tentang keselematan dan kesihatan ibu bapa kita.Hal ini
supaya ibu bapa kita jauh daripada malapetaka dan dapat menjauhkan diri mereka
daripada ditimpa sebarang penyakit,seperti sakit jantung,darah tinggi dan
sebagainya.
Selain itu,tanggungjawab kita sebagai anak ialah,kita
haruslah belajar bersungguh dalam semua aspek. Sebagai contoh,kita perlu
belajar dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan yang cemerlang.
Hal ini kerana , dengan keputusan tersebut adalah salah satu cara untuk kita
tebus pengorbanan mereka dan melakar senyuman di wajah mereka .Wajiblah bagi
kita belajar bersungguh-sungguh kerana ibu bapa kita telah bersusah payah
mencari rezeki untuk menaggung yuran persekolahankita. Jelaslah bahawa semua
ibu bapa mahu melihat anak-anak mereka berjaya dalam apa-apa perkara sekalipun. Oleh itu,kita haruslah belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dan dapat
membalas jasa ibu bapa kita yang telah bersusah payah mencari rezeki untuk
membiayai yuran pembelajaran mereka sekaligus dapat membanggakan mereka.
Akhir sekali,kita sebagai anak perlulah mendengar nasihat
ibu bapa kita.Sebagai contoh,ibu bapa kita menasihati kita supaya menjaga batas
aurat mengikut syariat islam,maka kita haruslah menturutinya.Hal ini kerana
sekiranya kita tidak menjaga aurat kita,kita akan mendapat dosa bahkan termasuk
ibu bapa kita juga.Hal ini kerana kita berada dibawah tanggungan ibu bapa kita.
Oleh itu,kita perlulah mendengar nasihat ibu bapa dan
menjaga aurat kita supaya kita tidak mendapat dosa justeru dapat mengelakkan
ibu bapa kita mendapat dosa dan terjerumus kedalam neraka.

Salam, singgah kunjung.. semoga dapat diteruskan perkongsian yang baik..
ReplyDelete