Saturday, 1 December 2018

Apakah itu keluarga ?

Keluarga ialah satu institusi yang penting dalam negara yang berperanan sebagai penyumbang terpenting kepada kesejahteraan diri dan masyarakat dan sekaligus menyumbang kepada keharmonian negara . Keluarga juga adalah impian setiap individu dalam hidupnya . Hal ini kerana , manusia memang dicipta untuk hidup berpasangan di muka bumi ini . Berpasangan sahaja tidak cukup ,malah ditambah pula dengan cahaya mata yang menjadi impian dalam sesebuah keluarga iaitu sebagai penyejuk hati dan penyambung generasi ataupun keturunan .


Institusi keluarga sangat penting untuk :
- Membina keluaga yang saling menyayangi , bahagia dan sejahtera.
-Mewujudkan pengurusan yang mantap dari segi jasmani dan rohani .
-Pemantapan nilai murni dalam membentuk individu

Terdapat banyak fadhilat berkeluarga . Antaranya ialah , syurga anak anak di bawah telapak kaki ibunya . Manakalah syurga ibu ataupun isteri terletak di bawah telapak kaki suaminya . Jelas menunjukkan bahawa banyak kelebihan dalam berkeluarga . Bahkan , renung pada wajah ibu bapa juga sudah mendapat pahala . Ini menunjukkan bahawa , betapa mudahnya untuk mendapat pahala dalam hidup berkeluarga .

Diriwayat dalam sebuah hadith :

Rasulullah saw ditanya tentang peranan kedua orang tua. Baginda menjawab . "Mereka adalah (yang menyebabkan)syurga dan nerakamu." (HR. Ibnu Majah)

Selain itu , hadith mafhumnya :

Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua orang tua kamu dan kemurkaan Alla bergantung pada kemurkaan kedua orang tua kamu. (HR. Al Hakim)

Jelas disini menunjukkan betapa penting , indah , seronoknya hidup berkeluarga ini , sehinggakan boleh membawa atau memudahkan kita jalan menuju ke syurga . Mudah untuk kita masuk ke syurga Allah , kadang tu dengan hanya melihat wajah kedua ibu bapa pun sudah memberi ganjaran pahala apatahlagi kebaikan lain yang dibuat kepada mereka . Memang benar , jasa seorang anak tidak dapat membalas jasa ibu dan ayah , akan tetapi sebagai seorang anak , kita mestilah berjasa kepada mereka dengan sepenuh hati demi meraih keredhaan mereka , Allah , dan mendapat Syurga Illahi bersama keluarga tercinta .

No comments:

Post a Comment

Apakah itu keluarga ?