Ibu bapa perulah menunjukkan sifat yang baik bagi menjadi
contoh tauladan kepada anak-anak supaya mereka menjadi orang yang baik, soleh
dan solehah. Kanak-kanak yang baru lahir itu ibarat kain putih, ibu bapa lah
yang memikul tugas untuk mencorak anaknya samada menjadi lebih baik ataupun
sebaliknya. Anak-anak sentiasa memerhatikan setiap perbuatan dan percakapan
kita. Samada perasan atau tidak,apabila ibu bapa selalu berkata yang tidak baik depan
anak-anak, secara tidak langsung, anak juga akan ikut dalam perbualannya dengan
adik-beradik ataupun kawan-kawan yang lain.Oleh yang demikian ibu bapa merupakan
pihak yang memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak.Antara sikap yang
perlu ada dalam diri setiap ibu bapa ialah menggunakan perkataan dan gaya cakap
yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak mereka tidak terikut-ikut dengan
percakapan yang tidak baik .
Selain itu, Ibu bapa perlulah berusaha meluangkan masa
bersama anak-anak mereka kerana pada zaman ini terdapat banyak remaja yang
menjadi liar dan tidak teratur hidupnya akibat kurang perhatian dan kasih
saying daripada ibu bapa mereka sendiri .Seterusnya,ibu bapa juga perlu memberi
kasih sayang yang sempurna tanpa memilih kasih dalam mengasihi anak-anak mereka
kerana kurang kasih sayang adaah salah satu faktor anak-anak menjadi seorang
yang tidak beradab dan tidak berakhlak yang akan menyebab memberi kesan yang
buruk dalam institusi kekeluargaan. Seterusnya,ibu bapa mestilah sentiasa
bertolak ansur dalam pelbagai aspek supaya anak-anak mereka tidak rasa tertekan
apabila bersama-sama keluarga.Sebagai contoh , apabila ibu bapa yang tidak
bertolak ansur seperti anak-anak tidak di benarkan bermain dan hanya fokus
untuk belajar,perkara ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan kerana sifat
kanak-kanak atau remaja tidak lari daripda untuk berhibur dan apabila kehendak
mereka disekat dan tidak diizinkan langsung untuk bermain mereka akan rasa
tertekan dan memberontak dan akan menyebabkan peningkatan isu kanak-kanak yang
lari dari kelurga mereka.

No comments:
Post a Comment