Kepentingan anak dalam keluarga

Anak merupakan anugerah Allah yang terindah kepada pasangan suami isteri. Anak juga merupakan penyeri dalam sesebuah keluarga , penyeri bagi hati ayah dan ibunya .Kebanyakkan pasangan suami isteri yang sedih ataupun kurang bernasib baik apabila mereka tidak memperolehi zuriat , mungkin kerana rezeki nya sudah tertulis sedemikian. Tapi banyak usaha lain yang boleh digunakan iaitu dengan berdoa kepada Allah moga diperoleh rezeki untuk mendapat cahaya mata . 



Oleh yang demikian ini menjukkan kepentingan anak dalam hidup berkekeluarga kerana boleh membuat sesebuah keluarga itu lebih bahagia.Selain itu , anak juga penting dalam dalam berkeluarga kerana anak-anak adalah waris yang akan mewarisi segala harta ibu dan ayah mereka supaya harta tersebut dilaburkan ke arah perkara yang di redha Allah.Seterusnya ,anak-anak adalah orang yang akan jaga ibu dan bapa mereka apabila ibu dan bapa mereka sudah tua ataupun menjaga ketika mereka di dalam kesakitan ataupun kesusahan. Akhir sekali, ada dalil yang menujukkan bahawa pentingnya doa seorang anak .Dalilnya adalah sepertimana sabda Nabi saw yang bermaksud tiga perkara yang tidak akan terputus dengan hambanya apabila mereka telah meningal dunia antaranya ialah doa anak yang soleh atau solehah,jadi di sini menujukkan anak adalah amat penting didalam istitusi kekeluargaan.

No comments:

Post a Comment

Apakah itu keluarga ?