Sebagai anak kita mestilah berbakti kepada kedua ibu bapa
kita kerana banyak mereka telah korbankan untuk membesarkan kita mahupun dalam
bentuk wang ringgit , tenaga dan
lain-lain lagi .Terdapat satu kata-kata yang telah menjadi kebiasaan didengar
iaitu ”Seorang ibu atau bapa boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi belum
tentu sepuluh orang anak boleh menjaga ibu atau bapanya ”. Antara cara untuk
berbakti kepada ibu bapa adalah memberi kasih sayang kepada mereka. Sebagaimana
ibu bapa kita pernah melimpahkan kasih sayang dengan menatang kita bagai minyak
yang penuh, seperti itu jualah kita perlu memberi kasih sayang kepada mereka.
Seterusnya ialah memberi sepenuh perhatian kepada mereka
kerana kebanyakan isu yang timbul pada hari ini anak-anak tidak pernah memberi
perhatian dan mengambil berat tentang ibu bapa mereka kerana mereka sibuk
dengan kerjaya serta keluarga sehingga lupa orang yang banyak berjasa kepada
mereka bak kata pepatah ”bagaikan kacang lupa kulitnya”.
Selain itu,memenuhi hajat kedua ibu bapa. Hal ini kerana ,
memenuhi hajat ibu bapa menjadi keutamaan berbanding melakukan tugas lain.
Malah berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medan perang
sebagaimana yang diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim.Seterusnya mendoakan
kesejahteran mereka,antara doa yang boleh diamalakan ialah
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا
كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Seterusnya,apabila ibu atau bapa sudah meninggal dunia
anak-anak mestilah sentiasa menghadiahkan doa kepada kedua ibu bapa mereka dan
sentisa mendokan mereka supaya sentiasa di dalam rahmat Allah.
Selain itu juga , menziarahi kubur mereka dan menghadiahkan
bacaan yaasin supaya mereka dicucuri rahmat Allah dan tergolong dalam golongan
orang-orang yang soleh dan solehah. Akhir sekali,kita hendaklah menjaga nama
baik mereka serta membuatkan mereka bangga sebagai contoh cemerlang dalam
pembelajaran dan hidup .

No comments:
Post a Comment