Kita sebagai anak perlulah bertanggungjawab terhadap ibu bapa kita yang telah bersusah payah membesarkan kita dari kecil hingga besar.Pengorbanan ibu bapa kepada kita tidak ternilai harganya dan tidak terbalas jasanya. Antara tanggungjawab yang perlu kita lakukan untuk ibu bapa ialah sentiasa berdoa untuk ibu bapa kita kepada Allah .Sebagai contoh,kita sebagai anak perlulah sentiasa mendoakan tentang keselematan dan kesihatan ibu bapa kita.Hal ini supaya ibu bapa kita jauh daripada malapetaka dan dapat menjauhkan diri mereka daripada ditimpa sebarang penyakit,seperti sakit jantung,darah tinggi dan sebagainya.
Selain itu,tanggungjawab kita sebagai anak ialah,kita haruslah belajar bersungguh dalam semua aspek. Sebagai contoh,kita perlu belajar dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan yang cemerlang. Hal ini kerana , dengan keputusan tersebut adalah salah satu cara untuk kita tebus pengorbanan mereka dan melakar senyuman di wajah mereka .Wajiblah bagi kita belajar bersungguh-sungguh kerana ibu bapa kita telah bersusah payah mencari rezeki untuk menaggung yuran persekolahankita. Jelaslah bahawa semua ibu bapa mahu melihat anak-anak mereka berjaya dalam apa-apa perkara sekalipun. Oleh itu,kita haruslah belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dan dapat membalas jasa ibu bapa kita yang telah bersusah payah mencari rezeki untuk membiayai yuran pembelajaran mereka sekaligus dapat membanggakan mereka.
Akhir sekali,kita sebagai anak perlulah mendengar nasihat ibu bapa kita.Sebagai contoh,ibu bapa kita menasihati kita supaya menjaga batas aurat mengikut syariat islam,maka kita haruslah menturutinya.Hal ini kerana sekiranya kita tidak menjaga aurat kita,kita akan mendapat dosa bahkan termasuk ibu bapa kita juga.Hal ini kerana kita berada dibawah tanggungan ibu bapa kita.
Oleh itu,kita perlulah mendengar nasihat ibu bapa dan menjaga aurat kita supaya kita tidak mendapat dosa justeru dapat mengelakkan ibu bapa kita mendapat dosa dan terjerumus kedalam neraka.
BAKTI ANAK KEPADA IBU BAPA
Sebagai anak kita mestilah berbakti kepada kedua ibu bapa kita kerana banyak mereka telah korbankan untuk membesarkan kita mahupun dalam bentuk wang ringgit , tenaga dan lain-lain lagi .Terdapat satu kata-kata yang telah menjadi kebiasaan didengar iaitu ”Seorang ibu atau bapa boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi belum tentu sepuluh orang anak boleh menjaga ibu atau bapanya ”. Antara cara untuk berbakti kepada ibu bapa adalah memberi kasih sayang kepada mereka. Sebagaimana ibu bapa kita pernah melimpahkan kasih sayang dengan menatang kita bagai minyak yang penuh, seperti itu jualah kita perlu memberi kasih sayang kepada mereka.
Seterusnya ialah memberi sepenuh perhatian kepada mereka kerana kebanyakan isu yang timbul pada hari ini anak-anak tidak pernah memberi perhatian dan mengambil berat tentang ibu bapa mereka kerana mereka sibuk dengan kerjaya serta keluarga sehingga lupa orang yang banyak berjasa kepada mereka bak kata pepatah ”bagaikan kacang lupa kulitnya”.
Selain itu,memenuhi hajat kedua ibu bapa. Hal ini kerana , memenuhi hajat ibu bapa menjadi keutamaan berbanding melakukan tugas lain. Malah berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medan perang sebagaimana yang diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim.Seterusnya mendoakan kesejahteran mereka,antara doa yang boleh diamalakan ialah
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Seterusnya,apabila ibu atau bapa sudah meninggal dunia anak-anak mestilah sentiasa menghadiahkan doa kepada kedua ibu bapa mereka dan sentisa mendokan mereka supaya sentiasa di dalam rahmat Allah.
Selain itu juga , menziarahi kubur mereka dan menghadiahkan bacaan yaasin supaya mereka dicucuri rahmat Allah dan tergolong dalam golongan orang-orang yang soleh dan solehah. Akhir sekali,kita hendaklah menjaga nama baik mereka serta membuatkan mereka bangga sebagai contoh cemerlang dalam pembelajaran dan hidup .
SIKAP ANAK TERHADAP IBU BAPA DAN ADIK BERADIK
Seperti mana yang kita tahu dalam istitusi kekeluarga pasti akan ada pelbagai jenis sikap dan kerenah anak-anak yang tersendiri terhadap ibu bapa serta sikap bersama adik beradik mereka. Antara sikap yang perlu ada pada anak-anak terhadap ibu bapa ialah hormat dan selalu membantu ibu bapa ketika senang mahupun susah.Sebagai contoh,anak-anak yang masih kecil perlulah menolong ibu dalam melakukan kerja rumah,seperti menolong ibu memasak di dapur,mengemas rumah dan sebagainya.Selain itu,bagi anak yang sudah bekerjaya juga,tidak terlepas dari tanggungjawab mereka untuk membantu ibu bapa mereka.Sebagai contoh,membantu ibu bapa dalam hal kewangan seperti membayar bil air dan elektrik rumah ibu bapa,membeli keperluan harian seperti,beras,telur dan sebagainya.
Seterusnya,sebagai anak yang baik kita perlulah mentaati ibu bapa.Sebagai contoh,sentiasa mendengar nasihat yang diberikan oleh ibu bapa tanpa mengingkari mereka,seperti tidak melawan dan membantah percakapan dan leteran mereka.Hal ini dapat menjaga hati mereka daripada dilukai dan dapat mengelakkan daripada menjadi seorang anak yang derhaka.Di samping itu,sikap yang perlu ada dalam kehidupan adik beradik ialah menghormati sesame sendiri .Sebagai contoh,kita sebagai adik haruslah menghormati abang dan kakak kita dengan memangil mereka dengan panggilan yang sesuai dan hormat seperti memanggil abang dan kakak dengan panggilan abang long,abang ngah,kak cik dan sebagainya. Seterusnya,kita mestilah mengambi berat tentang adik beradik kita .Sebagai contoh , sekiranya kita melihat adik,abang atau kakak kita melakukan kesilapan seperti melihat kakak kita tidak menutup aurat maka kita perlulah menegurnya supaya menutup aurat mengikut syariat islam.Hal ini justeru dapat mengelakkannya daripada mendapat dosa terjerumus ke dalam neraka.
No comments:
Post a Comment